Thursday, December 18, 2008

KELAHIRAN KAMBING & BIRI-BIRI YANG SIHAT


Penjagaan kesihatan kambing & biri-biri merupakan aspek penting yang perlu difahami oleh setiap penternak.Kambing & Biri-biri yang tidak sihat akan merugikan para penternak.Rawatan kesihatan dan penyakit Kambing & biri-biri merupakan salah satu faktor penentu kejayaan.Ternakan yang sakit akan mengalami kehilangan selera makan dan menganggu penggemokan, ia juga akan meningkatkan bilangan kematian serta kos perubatan.Rawatan kesihatan asas adalah dengan menjaga kebersihan kandang dan peralatanya ia juga perlu dimandikan serta dicukur buku dan dipotong kukunya. Sekiranya keadaan penyakitnya semakin kritikal ia perlu dimusnahkan .Pemvaksinan merupakan salah satu langkah pencegahan awal yang boleh mengelak penyakit semakin serius.

Thursday, December 4, 2008

KONTRAK FARMING KAMBING


Dawasa kini berbagai idea perkongsian dicetus oleh para pemikir ekonomi di negara ini. Idea yang dicetus ini langsung tidak berdasarkan sebarang panduan dari kitabullah atau dari hadis Rasullullah. Tiada seorang pun di kalangan pemerintah atau pemimpin agama yang menyedari akan idea2 perkongsian ini akan menimbulkan kerugian atau penipuan kepada para pelabur. Segala2nya akan diketahui mereka apabila terdapat aduan dan rintihan dari rakyat jelata akan penipuan sistem kontrak farming ini. Siapakah yang nak di persalahkan? Adakah kepada para pelabur yang tergesa-gesa melaburkan wang mereka atau kepada pemimpin yang sibuk mempertahankan jawatan dan kuasa mereka atau para agamawan yang gagal melahirkan dan mendidik tiap jiwa rakyat agar setiap perbuatan mereka terhindar dari azab Allahazawajalla. Bilakah perkara ini akan berakhir? Selagi fomula dan sistem kehidupan yang diwahyukan 1400 tahun yang lalu masih diragui keberkatanya selagi itu gejala dan malapetaka kemanusian tak dapat dibanteras.

Wednesday, December 3, 2008

USAHAWAN KAMBING & LEMBU


Terlebih dahulu aku panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas limpah rahmatnya dapatlah aku yang dibantu teman seperjuaggan menubuh dan melancarkan BLOG KAMBINGLEMBU-SYABAB yang kebetulan bersempena tarikh lahir aku ,Dengan cita-cita yang mengunung ingin berjaya dalam ternakan ini ,Aku dibantu oleh dua orang rakan kongsi yang setiap orang mempunyai tugas tertentu yang telah ditetapkan,Bermula dengan modal yang tak seberapa aku telah membeli 22 ekor kambing berbagai jenis dan 7 ekor lembu berbagai peringkat umur,Aku mendoakan agar ikatan erat dalam perkongsian ini membuahkan hasil dan mendapat keberkatan dari yang esa,Gambar ini diambil ketika kunjungan ku ke ladang ternakan rakan di Kempas ,Johor.Ini adalah Pejantan CHAROLAIS yang berasal dari GERMAN berumur 2 tahun 6 bulan dan tempuh matang sehingga 8 tahun ,Harga jualan seekor serendah RM 7 ribu sahaja.