Thursday, December 18, 2008

KELAHIRAN KAMBING & BIRI-BIRI YANG SIHAT


Penjagaan kesihatan kambing & biri-biri merupakan aspek penting yang perlu difahami oleh setiap penternak.Kambing & Biri-biri yang tidak sihat akan merugikan para penternak.Rawatan kesihatan dan penyakit Kambing & biri-biri merupakan salah satu faktor penentu kejayaan.Ternakan yang sakit akan mengalami kehilangan selera makan dan menganggu penggemokan, ia juga akan meningkatkan bilangan kematian serta kos perubatan.Rawatan kesihatan asas adalah dengan menjaga kebersihan kandang dan peralatanya ia juga perlu dimandikan serta dicukur buku dan dipotong kukunya. Sekiranya keadaan penyakitnya semakin kritikal ia perlu dimusnahkan .Pemvaksinan merupakan salah satu langkah pencegahan awal yang boleh mengelak penyakit semakin serius.

0 comments: