Wednesday, February 25, 2009

KELESUAN EKONOMI HASIL KEPINCANGAN SISTEM



Krisis Ekonomi yang melanda kini amat di rasai sebahagian besar warganegara Malaysia.Mereka itu berkerja di dalam berbagai industri antaranya industri perkhimatan,perhotelan,ternakan dan sebagainya yang menyumbang jasa dan tenaga demi melangsungkan kehidupan dan beribadah terhadap ilahi,Mereka ini adalah golongan yang paling awal teranaya dalam penerapan sistem ekonomi kapitalis yang zalim lagi kejam ini.Sisem Ekonomi kufur yang jelas mendatangkan musibah dan malapetaka kemanusian dalam dekad-dekad yang lalu terbukti ianya terus menjadi pegangan hidup dan sanjungan para pemimpin kaum muslimin yang tidak pernah mengenal dan merasai erti kesusahan apa lagi menyelami penderitaan hidup warganegaranya,Para pemimpin muslimin dilantik berdasarkan kedudukan kewangan,pengaruh,tahap pendidikan sekular,kekacakan diri adalah kaedah pemilihan yang korap serta tidak menurut peraturan hukum syarak,Kesan pemilihan ini telah melahirkan arahan2 dan peraturan hidup yang bertentangan dengan fitrah kemanusian ,Berpunca dari sini maka lahirlah golongan-golongan Politik,Agamawan,Koperat dan sebagainya yang menjalani kehidupan berasingan dengan rakyat kebanyakan.Mereka tidak pernah menyesal dan kecewa melihat penderitaan rakyat hasil penerapan sistem ekonomi kufur yang mereka amalkan,Ini adalah kerana mereka itu bukanlah orang2 yang mempuyai kesedaran diri dengan hubunggan dengan Allah swt,Aqidah keislaman mereka telah lama mati di racun pemikiran sekular kapitalis yang di sogok oleh para penjajah,Justeru itu selagi tiada perubahan dilakukan keatas pucuk kepimpinan kaum muslimin ini selagi itu kaum muslimin perlu bersedia mengharungi laknat Allah swt sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini.

Monday, February 16, 2009

ZAKAT TERNAKAN KAMBING & BEBIRI


Diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud bersumber dari Mu'adz bahawa Rasulullah telah mengutusnya ke Yaman dengan pesanan "Ambillah bijirin dari bijirin ,kambing dari kambing,unta dari unta dan lembu dari lembu" Hadis ini mengatur masaalah pelaksanaan zakat.Maksudnya yang harus dikeluarkan zakatnya benda-benda yang disebutkan Rasulullah dan zakatnya wajib diambil dari jenis benda tersebut.Tidak sah zakat unta diambil kambingnya dan sebagainya,
Harta zakat merupakan sejenis harta yang diletakkan didalam Baitul Mal,Namun berbeza dengan jenis harta-harta yang lain dari segi perolehannya serta beberapa kadar yang wajib dikumpulkan dan dari segi perbelanjaannya,Zakat dari segi perolehannya tidak akan dikumpulkan selain dari harta orang-orang Islam.Dimana hukum menunaikannya adalah wajib ain bagi setiap Muslim samaada ia anak-anak yatim atau ia adalah dikalangan orang-orang gila.
Bilangan Bebiri 40-120 ekor cukup nisab dan tempuh setahun kadar zakatnya seekor bebiri berumur setahun samaada jantan atau betina.
Bilangan Bebiri 121-200 ekor cukup nisab dan tempuh setahun kadar zakatnya 2 ekor bebiri umur setahun samaada jantan atau betina.
Penambahan tiap 100 ekor kadar zakatnya menambah seekor bebiri umur 2 tahun samaada jantan atau betina.

Tuesday, February 10, 2009

UMUR KAMBING BEBIRI


Seperti haiwan lain ,Bebiri juga mempuyai fasa pertumbuhan tertentu ,Ini termasuk fasa pertumbuhan tulang,sel-sel otot,daging dan lemak di dalam badan,Kaedah terbaik untuk menentukan umur seekor bebiri adalah melihat sijil kelahiran bebiri tersebut.Kaedah ini belum di lakukan secara meluas,Kaedah tradisional yang biasa digunakan adalah dengan memerhatikan struktur gigi bebiri,Namun kaedah ini tidak mampu menanggarkan secara tepat umur sebenar bebiri tersebut.

Struktur Gigi Bebiri Peringkat Umur

1) Semua gigi susu mula tumbuh. <>
2)2 gigi besar mula keluar 1-2 Tahun

3)4 gigi besar mula keluar 2-3 Tahun

4)6 gigi besar mula keluar 3-4 Tahun

5)8 gigi besar mula keluar 4-5 Tahun

6) Gigi salinan mengalami kehausan mula tanggal 5> Tahun


Tiada syarat dikenakan oleh syarak untuk penyembelihan bebiri semasa Hari Aidilfitri tetapi berbeza dengan bebiri untuk ibadah korban di Hari Aidiladha dimana bebiri jantan yang telah mengalami persalinan gigi susu ,Oleh itu penternak memerlukan perancangan yang teratur untuk dipasarkan pada Hari Aidiladha.

Saturday, February 7, 2009

PENGIRAAN KASAR KOS TERNAKAN BEBIRI


Kos ternakan merupakan perbincangan utama setiap individu yang ingin menceburi diri dalam kerjaya ternakan ini,Kegagalan melakukan anggaran kos ternakan dan risiko yang dijangkakan mengheret setiap penternak kepada kekecewaan dan putus asa,Ini adalah kerana jangkaan yang dibentang di atas kertas tidak akan berlaku sebagaimana di hajatkan ,Kos-kos yang boleh dianggarkan setiap ekor bebiri adalah seperti berikut:

1) Upah penjagaan seekor bebiri RM 1,oo sehari x 365 hari= RM 365.00

2) Kos makanan tambahan RM 0.50sen sehari x 365 hari = RM 182.50

3) Kos Ubat-ubatan sebulan RM 5.00 seekor x 12 bulan = RM 60.00

4) Kos kandang RM 0.30 sehari x 365 hari = RM 109.50

5) Kos pengurusan dan operasi RM 150 sebulan x 12 = RM 1800.00

Kos-kos ini tidak termasuk risiko luar jangka seperti kematian dan kecurian yang boleh berlaku diluar jangkaan.Dengan angaran ini diharap dapat membantu para usahawan dalam menanggarkan harga asas haiwan ternakan mereka.

Thursday, February 5, 2009

USAHAWAN TERNAKAN KAMBING UTM



Terkejut agaknya kambing-kambing ku melihat wajah-wajah tampan dan si manis melangkah masuk ke kamar kediamanya,Inilah tetamu eksekutif pertama dari pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang sudi melawat kandang kambing ku ,Kehadiran mereka bagi tujuan memenuhi syarat-syarat kerja kursus yang perlu dipenuhi,Hari itu aku diperlaku seperti seorang usahawan yang telah berjaya dalam ternakan ini,Mereka menemuramah dengan berbagai persoalan yang berkaitan dari punca modal ku perolehi hingga kaedah pemasaran ternakan yang aku lakukan,Disamping itu sempat juga aku berkongsi maklumat konsep perkongsian perniagan yang syarie mengikut hukum syarak,Perkara seperti itu amat penting untuk mereka ketahui kerana mereka adalah antara Muslim yang akan mewarnai teraju kepimpinan di masa hadapan.

Tuesday, February 3, 2009

AKAD MUSAQAT @ PAWAH TERNAKAN KAMBING



Musaqad atau upah kerja dari hasil yang diperolehi dari harta milik orang lain yang dipeliharanya,Inilah pengertian dan pemahaman yang sama dengan sistem Pawah yang sering diperkatakan oleh umat Islam di Malaysia,Upah bagi para pekerja ini diperkirakan dari hasil tanaman atau hasil ternakan yang dihasilkan dangan persetujuan kedua belah pehak semasa akad Musaqad dilakukan ,Akad Musaqad ini sah disisi syarak diperlakukan pada ternakan yang membiak atau pada tanaman yang berbuah atau berdaun yang bermafaat pada hasilnya,Maka Musaqad termasuk dalam kategori berkerja yang dibenarkan oleh syarak,Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abdullah bin Umar ra yang mengatakan " Rasullullah saw pernah memberi pekerjaan kepada penduduk Khaibar dengan pengiraan upah dari hasil yang diperolehi baik berupa buah atau pun tanaman ".Melakukan Musaqad hukumnya mubah dengan cara memberikan bahagian(upah)dengan jelas dimana hasilnya memberi keuntungan kepada pengelolanya.