Tuesday, November 10, 2009

TEMPAHAN LEMBU KORBAN



Tuesday, October 27, 2009

KELAHIRAN ANAK KAMBING JAMNAPARI







Setelah hampir 2 tahun aku menanti saat gembira ini, akhirnya berkat kesabaran itu, aku di kurniakan anak-anak kambing jamnapari yang sihat. Anak -anak kambing ini akan ku asingkan daripada ibunya setelah berumur 2 hingga 3 bulan. Pengasingan ini bertujuan untuk membolehkanya memakan makanan kental dan daun-daunan. Ini akan menggalak anak kambing agar cepat membesar dan kuat.

Di samping itu juga pengasingan ini akan memperbaiki kitaran haid ibu-ibu kambing dan mempercepat proses pengeluaran ovum. Ibu kambing akan kelihatan miang dengan menggesel-gesel badanya atau mengembek yang berterusan atau keluar lendir pada anunya. Kambing jamnapari mampu berkhawin seawal umur setahun dan berupaya melahirkan anak kembar 4 dalam satu kandungan. Ia merupakan haiwan yang cepat pembiakanya lebih-lebih lagi dengan keadaan iklim khatulistiwa yang bersesuaian dengan kehidupanya serta kekuatan tubuhnya yang mampu menahan dari jangkitan penyakit berjangkit.

Sunday, October 25, 2009

TERNAKAN LEMBU KORBAN


Bermula dengan sepasang lembu 2 tahun yang lalu,Kini pengembala muda ini sudah boleh tersenyum dengan bilangan ternakanya melebihi 10 ekor hasil perjanjian mudharabah yang di lakukan bersama rakan-rakan.Baka lembu kedah kelantan (k-k) tempatan dipilih kerana ia amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit, Ia berbadan pejal dan mempuyai berbagai warna seperti perang hitam,cokelat atau kekuningan,Anak yang di lahirkan adalah kira-kira 14-16 kg dan kenaikan berat badan kira-kira 0.4kg sehari,Sehingga mencapai umur 2 tahun berat matang adalah antara 200-250 kg,Daging yang di hasilkan kira-kira 45% dari berat kasar,Pembelian anak lembu 1 tahun berharga RM 500,00-RM 1000,00 seekor dan harga jualan lembu matang RM 1800,00-RM 3000,00.Kos pengiraan harga lembu biasanya menggikut bilangan bulanan umurnya dengan nilai RM 100,00 sebulan,Projek penternakan lembu intergrasi adalah satu pelaburan yang bijak kepada pengusahanya.

Tuesday, October 6, 2009

AQIQAH KAMBING SUNNAH DAN SYARIAH UMAT DARI DAHULU.



Secara syar'e aqiqah adalah sembelihan (kambing@lembu@unta)yang disembelih kerana adanya kelahiran anak lelaki @ perempuan sebagai taqarrub dan ungkapan syukur kepada Allah, Aqiqah sudah ada pada syariah umat sebelum kita, Aqiqah sudah dikenal sebelum Islam (HR Ibn Hibban dari Abu Hurairah:HR Ahmad,Abu Dawud,an-Nasai,al-Baihaqi dan al-Hakim dari Buraidah ra.
Aqiqah hukumnya sunnah,banyak hadis Nabi saw yang memerintahkan aqiqah di antara hadis Abu Hurairah di atas,Salman bin Amir adh-Dhabbi juga berkata Nabi saw bersabda dengan maksud " Bersama anak (yang lahir) ada aqiqah,kerana itu tumpahkan darah(sembelih haiwan) dan hilangkan penyakit darinya,(HR al-Bukhari,Ashhabus dan al-Baihaqi,)
Namun qarinah yang ada menunjukan perintah itu tidak bersifat tegas(jazim).Amru bin Syuaib menceritakan dari bapanya dari datuknya,Nabi saw pernah ditanya tentang aqiqah Beliau bersabda maksutnya "Siapa saja yang suka menyembelih qurban atas anaknya hendaklah ia berqurban, Anak lelaki dua ekor kambing yang sebanding dan anak perempuan seekor kambing,(HR Malik,Ahmad,Abu Dawud)
Sunnah ini ditekankan untuk di laksanakan ,Samurah bin jundub berkata Nabi saw bersabda dengan maksud " Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke-7 dicukur dan diberi nama(HR Abu Dawud,Tarmidzi).
Jika sesaorang itu belum di aqiqahkan sewaktu kecil di sunahkan mengaqiqahkan dirinya sendiri ketika sudah besar ,Wallah a lam bi ash-shawab.

Thursday, July 30, 2009

SELAMATKAN PALESTIN DENGAN KHILAFAH



Sehingga saat ini bumi palestin terus bermandikan darah dan berendam air mata tetapi umat islam serta para pemimpin mereka bagaikan lupa atau di pukau kemewahan hidup dari kekejaman yang di lakukan tentera israil keatas umat islam hingga terus tiada pembelaan ,Adakah kita juga mendiamkan diri seperti orang-orang kufur yang langsung tiada keimanan di hati mereka? atau kita menjadi insan yang ingin berserah di hari pembalasan dengan mempercaturkan untung nasib kita di hari akhirat kelak? Tidakah kita akan berbangga sekiranya kita mempunyai pemimpin yang dapat melindunggi harta dan nyawa dari di rampas oleh musuh-musuh kita? Justeru itu marilah kita sama-sama sehati dan sejiwa berusaha menegur para pemimpin kita yang tidak menerapkan hukum syarak atau kita tukar mereka kepada seorang pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab memelihara kita dan melindunggi harta dan nyawa kita,Sebagaimana Hadis Muslim yang bermasut "Sesungguhnya seorang imam(khalifah)adalah seperti perisai,Orang-orang berperang di belakangnya dan berlindung kepadanya"

Tuesday, March 3, 2009

KAPITALIS MENGGUNDANG AZAB



Imam Ali ra.pernah berkata ."Ada dua jenis manusia tamak yang tidak pernah merasa puas iaitu pemburu ilmu dan pemburu harta " kerana ketamakkan ini manusia sering ingin menambah apa yang ia ada,Ketamakkan pada ilmu pengetahuan mendapat pujian dari Allah swt dan ketinggian darjat disisinya sebagaimana firman dalam al-mujadilah "Allah mengangkat orang-orang beriman dan berilmu diantara kalian beberapa darjat" Inilah yang menjadi dorongan dalaman tiap diri sesaorang yang dapat memahami dan meyakini akan ayat-ayat Allah swt sebagaimana para sahabat yang memafaatkan setiap kesempatan waktu untuk mengkaji Islam ,menyampaikan dan menerapkanya dalam kehidupan,Ketamakkan pada harta akan dicela oleh Allah swt kerana ia akan melahirkan sifat buas,rakus dan merampas hak-hak umat yang mampu dikuasainya,Secara fitrah manusia memang mencintai harta kekayaan dan tidak puas-puas berlumba menggumpulnya,Manusia ini akan lupa bersyukur kepada Allah bahkan akan mengkufurinya sebagaimana firmanya " Katakanlah(muhammad) seandainya kalian menguasai semua kekayaan rahmat tuhan,Nescaya kekayaan itu kalian simpan kerana takut mengeluarkannya kerana manusia memang sangat kikir "(QS al-isra 17:100)Demikianlah kisah Qarun yang diabadikan di dalam Al Quran di limpahi harta kekayaan lupa bersyukur maka Allah membenamkanya bersama seluruh harta yang di bangga-bangga ke dalam perut bumi.

Wednesday, February 25, 2009

KELESUAN EKONOMI HASIL KEPINCANGAN SISTEM



Krisis Ekonomi yang melanda kini amat di rasai sebahagian besar warganegara Malaysia.Mereka itu berkerja di dalam berbagai industri antaranya industri perkhimatan,perhotelan,ternakan dan sebagainya yang menyumbang jasa dan tenaga demi melangsungkan kehidupan dan beribadah terhadap ilahi,Mereka ini adalah golongan yang paling awal teranaya dalam penerapan sistem ekonomi kapitalis yang zalim lagi kejam ini.Sisem Ekonomi kufur yang jelas mendatangkan musibah dan malapetaka kemanusian dalam dekad-dekad yang lalu terbukti ianya terus menjadi pegangan hidup dan sanjungan para pemimpin kaum muslimin yang tidak pernah mengenal dan merasai erti kesusahan apa lagi menyelami penderitaan hidup warganegaranya,Para pemimpin muslimin dilantik berdasarkan kedudukan kewangan,pengaruh,tahap pendidikan sekular,kekacakan diri adalah kaedah pemilihan yang korap serta tidak menurut peraturan hukum syarak,Kesan pemilihan ini telah melahirkan arahan2 dan peraturan hidup yang bertentangan dengan fitrah kemanusian ,Berpunca dari sini maka lahirlah golongan-golongan Politik,Agamawan,Koperat dan sebagainya yang menjalani kehidupan berasingan dengan rakyat kebanyakan.Mereka tidak pernah menyesal dan kecewa melihat penderitaan rakyat hasil penerapan sistem ekonomi kufur yang mereka amalkan,Ini adalah kerana mereka itu bukanlah orang2 yang mempuyai kesedaran diri dengan hubunggan dengan Allah swt,Aqidah keislaman mereka telah lama mati di racun pemikiran sekular kapitalis yang di sogok oleh para penjajah,Justeru itu selagi tiada perubahan dilakukan keatas pucuk kepimpinan kaum muslimin ini selagi itu kaum muslimin perlu bersedia mengharungi laknat Allah swt sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini.

Monday, February 16, 2009

ZAKAT TERNAKAN KAMBING & BEBIRI


Diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud bersumber dari Mu'adz bahawa Rasulullah telah mengutusnya ke Yaman dengan pesanan "Ambillah bijirin dari bijirin ,kambing dari kambing,unta dari unta dan lembu dari lembu" Hadis ini mengatur masaalah pelaksanaan zakat.Maksudnya yang harus dikeluarkan zakatnya benda-benda yang disebutkan Rasulullah dan zakatnya wajib diambil dari jenis benda tersebut.Tidak sah zakat unta diambil kambingnya dan sebagainya,
Harta zakat merupakan sejenis harta yang diletakkan didalam Baitul Mal,Namun berbeza dengan jenis harta-harta yang lain dari segi perolehannya serta beberapa kadar yang wajib dikumpulkan dan dari segi perbelanjaannya,Zakat dari segi perolehannya tidak akan dikumpulkan selain dari harta orang-orang Islam.Dimana hukum menunaikannya adalah wajib ain bagi setiap Muslim samaada ia anak-anak yatim atau ia adalah dikalangan orang-orang gila.
Bilangan Bebiri 40-120 ekor cukup nisab dan tempuh setahun kadar zakatnya seekor bebiri berumur setahun samaada jantan atau betina.
Bilangan Bebiri 121-200 ekor cukup nisab dan tempuh setahun kadar zakatnya 2 ekor bebiri umur setahun samaada jantan atau betina.
Penambahan tiap 100 ekor kadar zakatnya menambah seekor bebiri umur 2 tahun samaada jantan atau betina.

Tuesday, February 10, 2009

UMUR KAMBING BEBIRI


Seperti haiwan lain ,Bebiri juga mempuyai fasa pertumbuhan tertentu ,Ini termasuk fasa pertumbuhan tulang,sel-sel otot,daging dan lemak di dalam badan,Kaedah terbaik untuk menentukan umur seekor bebiri adalah melihat sijil kelahiran bebiri tersebut.Kaedah ini belum di lakukan secara meluas,Kaedah tradisional yang biasa digunakan adalah dengan memerhatikan struktur gigi bebiri,Namun kaedah ini tidak mampu menanggarkan secara tepat umur sebenar bebiri tersebut.

Struktur Gigi Bebiri Peringkat Umur

1) Semua gigi susu mula tumbuh. <>
2)2 gigi besar mula keluar 1-2 Tahun

3)4 gigi besar mula keluar 2-3 Tahun

4)6 gigi besar mula keluar 3-4 Tahun

5)8 gigi besar mula keluar 4-5 Tahun

6) Gigi salinan mengalami kehausan mula tanggal 5> Tahun


Tiada syarat dikenakan oleh syarak untuk penyembelihan bebiri semasa Hari Aidilfitri tetapi berbeza dengan bebiri untuk ibadah korban di Hari Aidiladha dimana bebiri jantan yang telah mengalami persalinan gigi susu ,Oleh itu penternak memerlukan perancangan yang teratur untuk dipasarkan pada Hari Aidiladha.

Saturday, February 7, 2009

PENGIRAAN KASAR KOS TERNAKAN BEBIRI


Kos ternakan merupakan perbincangan utama setiap individu yang ingin menceburi diri dalam kerjaya ternakan ini,Kegagalan melakukan anggaran kos ternakan dan risiko yang dijangkakan mengheret setiap penternak kepada kekecewaan dan putus asa,Ini adalah kerana jangkaan yang dibentang di atas kertas tidak akan berlaku sebagaimana di hajatkan ,Kos-kos yang boleh dianggarkan setiap ekor bebiri adalah seperti berikut:

1) Upah penjagaan seekor bebiri RM 1,oo sehari x 365 hari= RM 365.00

2) Kos makanan tambahan RM 0.50sen sehari x 365 hari = RM 182.50

3) Kos Ubat-ubatan sebulan RM 5.00 seekor x 12 bulan = RM 60.00

4) Kos kandang RM 0.30 sehari x 365 hari = RM 109.50

5) Kos pengurusan dan operasi RM 150 sebulan x 12 = RM 1800.00

Kos-kos ini tidak termasuk risiko luar jangka seperti kematian dan kecurian yang boleh berlaku diluar jangkaan.Dengan angaran ini diharap dapat membantu para usahawan dalam menanggarkan harga asas haiwan ternakan mereka.

Thursday, February 5, 2009

USAHAWAN TERNAKAN KAMBING UTM



Terkejut agaknya kambing-kambing ku melihat wajah-wajah tampan dan si manis melangkah masuk ke kamar kediamanya,Inilah tetamu eksekutif pertama dari pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang sudi melawat kandang kambing ku ,Kehadiran mereka bagi tujuan memenuhi syarat-syarat kerja kursus yang perlu dipenuhi,Hari itu aku diperlaku seperti seorang usahawan yang telah berjaya dalam ternakan ini,Mereka menemuramah dengan berbagai persoalan yang berkaitan dari punca modal ku perolehi hingga kaedah pemasaran ternakan yang aku lakukan,Disamping itu sempat juga aku berkongsi maklumat konsep perkongsian perniagan yang syarie mengikut hukum syarak,Perkara seperti itu amat penting untuk mereka ketahui kerana mereka adalah antara Muslim yang akan mewarnai teraju kepimpinan di masa hadapan.

Tuesday, February 3, 2009

AKAD MUSAQAT @ PAWAH TERNAKAN KAMBING



Musaqad atau upah kerja dari hasil yang diperolehi dari harta milik orang lain yang dipeliharanya,Inilah pengertian dan pemahaman yang sama dengan sistem Pawah yang sering diperkatakan oleh umat Islam di Malaysia,Upah bagi para pekerja ini diperkirakan dari hasil tanaman atau hasil ternakan yang dihasilkan dangan persetujuan kedua belah pehak semasa akad Musaqad dilakukan ,Akad Musaqad ini sah disisi syarak diperlakukan pada ternakan yang membiak atau pada tanaman yang berbuah atau berdaun yang bermafaat pada hasilnya,Maka Musaqad termasuk dalam kategori berkerja yang dibenarkan oleh syarak,Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abdullah bin Umar ra yang mengatakan " Rasullullah saw pernah memberi pekerjaan kepada penduduk Khaibar dengan pengiraan upah dari hasil yang diperolehi baik berupa buah atau pun tanaman ".Melakukan Musaqad hukumnya mubah dengan cara memberikan bahagian(upah)dengan jelas dimana hasilnya memberi keuntungan kepada pengelolanya.

Wednesday, January 28, 2009

VITAMIN MAMBANTU PEMBESARAN KAMBING



Selain daripada sumber tenaga dan protin ,Bebiri juga memerlukan belbagai jenis vitamin dan garam galian yang mencukupi untuk membantu tumbesarannya, Biasanya vitamin yang dicampurkan dalam makanan tambahan atau disuntik terus ke dalam otot diperlukan dalam kuantiti yang kecil ( +-5ml seekor ),Vitamin penting dalam mengaturkan proses-proses badan bagi menjamin pertumbuhan,pembiakan dan kesihatan ternakan.Vitamin B dan C dapat dibena sendiri dalam badan ternakan ,Hanya vitamin-vitamin A,D dan E patut diberi penekanan ,Sekiranya keperluan vitamin dipenuhi,Bebiri tidak memerlukan makanan tambahan yang lain.

Thursday, January 22, 2009

PEMAKANAN BIRI-BIRI SYABAB



Bebiri merupakan salah satu haiwan herbivor ,iaitu haiwan pemakan tumbuhan sahaja dan di diklasifikasikan sebagai ternakan ruminan (kerana memiliki rumen).Rumen adalah alat pencernaan yang khas di dalam badan ternakan ruminan.Ia terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu rumen,reticulum,omasum dan abomasum.Keempat bahagian ini melakukan aktiviti yang berbeza tetapi bergantung antara satu sama lain.Ternakan ini tidak terlalu bergantung kepada kandungan zat makanan tambahan sebaliknya ia boleh menghasilkan zat-zat makanan dengan sendiri yang boleh diserap oleh tubuh badannya.Pemberian makanan yang berprotein tinggi tidak sesuai kerana protein tersebut mudah terurai dan digunakan oleh mikrob didalam rumen.Keperluan makanan menghasikan sumber tenaga dan sumber protin.Rumput kekacang dan tumbuhan lain adalah bahan hijau biasa yang merupakan sumber pemberi tenaga.Manakala makanan penyumbang protein pula adalah bijbijian seperti jagung,sekam @ dedak padi ,dedak gandum dan hampas soya.

Friday, January 16, 2009

RUMAH KAMBING HAMPIR SIAP


Antara kriteria atau syarat-syarat pembinaan kandang terbuka di kawasan yang bersuhu sederhana dan rendah adalah mempunyai bumbung yang terbuka di mana ia mempuyai peradaran udara yang baik.Kandang tidak sesuai didirikan diatas tanah kerana ia akan memudahkan serangan serangga dan penyebab penyakit,Luas kawasan lantai untuk seekor bebiri dewasa ialah diantara 0.7-1.4 meter persegi dan bilangan bebiri yang boleh dimuatkan didalam sesebuah kandang adalah mengikut nisbah 1:1.5 dimana seekor bebiri perlu ditempatkan didalam kandang seluas 1.5m2 ,Bagi membina sebuah kandang yang baik ,faktor-faktor seperti suhu ,cahaya,pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah amat penting difikirkan.

Thursday, January 8, 2009

JUALAN KAMBING AQIQAH ,KORBAN & PASARAN


Sejak kenaikan melonjak harga minyak beberapa waktu yang lalu ,Malaysia yang merupakan pengeluar minyak dunia juga tidak mahu ketinggalan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari krisis ini,Heretan dari itu harga seluruh keperluan hidup naik mendadak bagai tiada kuasa yang mampu menghalanginya baik dari tindakan pemerintah atau pehak bersenjata,Kenaikan ini termasuk makanan asas untuk penternak kambing perlukan oleh itu tidak hairan jika harga hidup seekor kambing jantan yang matang meningkat dari rm 450 seekor ke rm 650 seekor,Bagi kambing betina harganya juga meningkat dari rm 550 seekor hingga rm 950 seekor,Bagi memudahkan serta menyeragamkan harga jualan kambing ini pehak syarikat telah memutuskan harga jualan kambing jantan hidup perlu berdasarkan berat pukal kambing tersebut dalam ukuran kilogram dan setiap kilogram dijual pada harga RM 20,00 sahaja ,Dengan kaedah ini nilai harga seekor kambing tidak akan ketara diantara satu dengan yang lain serta dapat memuaskan hati semua pehak ,

Thursday, January 1, 2009

PEMBESARAN KANDANG KAMBING


Alhamdulillah ,aku telah berjaya mendapatkan sedikit sumber bahan dan wang bagi membesarkan kandang kambing ku yang telah sesak,Kandang kambing yang selesa dengan pengudaraan dari dinding dan bumbung perlu diadakan untuk di huni ianya adalah salah satu faktor penting dalam ternakan ini seperkara lagi jarak lantai dengan tanah juga perlu ketinggian agar sesuai untuk kerja-kerja pembersihan dan dapat dijauhi musuh dan penyakit ,Adalah lebih baik permukaan lantai tanah tidak dicemen ,Ianya agar najis dan air kencing kambing boleh diserap terus ke tanah, Cara ini dapat mengurangkan bau busuk najis dan lalat .Sememangnya para penternak perlu menghadkan pergerakan kambing mereka agar makanan yang di makan dapat membentuk daging yang banyak bukan tenaga yang hasil dari pemakanan dikeluar dalam bentuk yang lain seperti peluh dan tenaga ,